Anniversary Contest~


Hari ini, sebelum si dia pergi kursus ke bangi, si dia menawarkan diri untuk meneman Lin ke Library UTM untuk melengkapkan tugasan .... Selesai menyiapkan tugasan, Lin diizinkan oleh si dia untuk melihat perkembangan blog Lin ( LayanLynn) .

Lin pun menjengah satu blog yang due date adalah esok.. sedih rasanya apabila melihat due date nya, kerana Lin tidak mempunyai banyak masa
untuk mengarang ayat... Si dia mula perasan perubahan muka Lin, lalu Lin terus mengalihkan screen lappy Lin kepadanya...Si dia senyum dan sudah tentu dia sudah fahami dengan sikap Lin yang memang akan join setiap contest.~~

Lin mendapat keizinan daripadanya untuk menyertai contest ini.. Belum cuba belum tahu kan??
Seperti biasa, sebelum Lin memulakan sesuatu contest mesti ade syarat-syaratnya.... nie banner contest tersebut~
Syarat-syaratnya boleh la klik sini ~~

Jadi, penilaian boleh dinilai dari sini ..yek Kak Maslina..~

Ini lah si dia yang di sebut-sebut tadi. Dialah insan yang telah Lin curi secara senyap-senyap tulang rusuknya. Mungkin selama ini, dia tidak sedari akan kehilangan tulang rusuknya itu kerana si pencuri tulang rusuknya sentiasa berada berdamping dengannya setahun yang lalu sehingga lah sekarang. Kadang-kadang, apabila si pencuri tulang rusuk ini berada jauh daripadanya, dia seperti lemah ....Lin tahu itu....kerana si pencuri
tulang rusuk ini tidak dapat melindunginya..~~ Maaf Puan Maslina, banyak pula madahnya....

Ok! Soalan yang diberi : Cerita tentang pasangan korang??

Madah di atas mungkin , membuat Kak Maslina d
an blogger-blogger lain tahu serba sedikit tentang si dia... Yang mengikuti blog Lin selama ini mungkin sudah muak dengan kisah-kisah cinta Lin..sorry! ...Insan yang kehilangan tulang rusuk ini dikurniakan pada 24 Ogos 1988 ( muda kan?? hehehe~~ muka jek nampak matang tue :p) dan diberi nama yang indah iaitu Mohamad Izzat Kamaruzaman. Dia bertuah kerana dilahirkan bersama-sama teman yang digelar sebagai Mohamad Izhan Kamaruzaman. Mereka adalah pasangan kembar yang tidak seiras.. ( So, Lin tak kan tertukar orang... ;) )...~~

Orang kata kembar nie perangainya berbeza-beza kan?? Ya! Lin akui semua tue...Si dia, En Izzat sangat berbeza berbanding dengan kembarnya~~ ( ops! p/s untuk si dia : Abg, sorry syg bukan bezakan abg pun....) Tapi, biasala...perangai setiap insan di
mana yang tidak gemar dibeza-bezakan kecuali perbezaan yang positif itu datang dr diri die sendiri..Sudah tentu suka kan?? Begitu juga dengan si dia Lin nie.....

Perkenalan kami !

Kami ditemukan dalam alam maya..bukan alam nyata dan insyaAllah di alam akhirat nanti....
Mungkin itu lah yang tertulis di takdir kami berdua..Kami dipertemukan dengan cara begini.....Lin bersyukur dan gembira kerana dipertemukan dengan si dia ...walaupun ramai orang-orang kita tidak mempercayai tentang alam maya ini....ya! Lin tak salahkan pun....tapi insyaAllah kami berdua akan buktikan yang kami bukan tergolong dalam golongan tersebut...amin..~~ Dengan pelbagai rintangan yang telah kami lalui dan akhirnya kami memilih tarikh 18/04/09 untuk menjadi teman lebih rapat den
gan status " we are single BUT not available"...hehehehe~~

Itulah serba sedikit episod perkenalan kami berdua....

Tentang dia !

En.Izzat dilahirkan pada bulan 8 ...ya! bulan Ogos...dan mungkin kajian yang dilakukan oleh Dato Haji Fadhilah Kamsah 25-30 tahun dahulu, 95% adalah benar tentang jejaka yang dilahirkan pada bulan ogos ini...

Ya! si dia memang gemar berjenaka. Kadang-kadang Lin nak merajuk pun separuh jalan jek ...sebab Lin sendiri akan ketawa dengan lawak jenaka yang direka-reka... Mudah tertawan?? ini juga benar...Lin tertawan dengan nya...kerana hensemnya kah?? Mungkin hensem di sudut mata Lin, bukan orang lain... InsyaAllah~~ Sopan santun dan caring?? Caring memang Lin akui..Pantang Lin makan lambat sikit..mesti nak ganti ibu Lin di kampung dengan bebelannya...hehehe ( ketawa sejenak). Berani? Not at all...hahaha~ mesti lah kena marah dengan si dia lepas dia baca part nie...~~ Si dia berani meluahkan perasaannya ketika awal pekenalan kami..Itu yang teruja tue :p Pandai memujuk?? On the way ~~ Cepat marah?? Totally disagree....Dia tak pernah marah Lin..kecuali Lin akui itu adalah salah Lin...~~ Lin kot yang selalu marah die~~Sangat cemburu....Ya! hahahaha~~

Soalan 2 :Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan??

Walaupun hubungan kami berusia setahun lebih, tapi rasanya tidak terkira hadiah yang diberikan oleh kami berdua...The first present is kasih sayang si dia dan Lin...~ Kami sayang antara satu sama lain..sangat-sangat sayang..begitu juga p
asangan lain kan?? apatah lagi yang sudah berumah tangga...~~Hadiah seterusnya adalah 3 kuntum bunga ros merah....


3 kuntum bunga ros ini bermaksud " I LOVE U" ..Di dalam paper box tersebut adalah perfume..Ini adalah hadiah pertama untuk si dia...Sempena konvonya ....Berdebar-debar sewaktu ingin memberikan padanya...Lin takut tak diterima..Penat mencari bunga hidup di pesta konvonya....Asyik jumpa bunga plastik jek... dan berkat usaha Lin..akhirnya..jumpa juga~~~ Lin gembira sebab melihat wajah kegembiraan ketika ini...~~


Hadiah yang bermakna bagi Lin untuk si dia adalah kek birthday yang ke-21 dan juga card yang Lin buat sendiri....Lin tidak se"creative" mana...tapi ok la untuk kekasih hati yang bertakhta di hati ini...Gambar lagi....


Walaupun kecil, tapi ikhlas Lin hadiahkan untuk dia.... dan si dia sangat suka kek ini~~



Hadiah lain adalah jacket durban dan juga cik teddy~~ hadiah ini simbolik kepada Lin mahu bersama-sama dia di mana sahaja dia berada...Jacket sentiasa memeluk tubuhnya mengharapkan Lin diingati selalu ..begitu juga cik teddy sebagai peneman ketika dia sedang tidur.. mungkin pelik,..... Tapi itu lah hakikat dari Lin untuk dia..


Selain itu, Lin juga menghadiakn cup cake sempena u
lang tahun kami yang pertama...~~ Cup cake ini diimport dari melaka...simple..tapi bermakna untuk insan yang bergelar Mohamad Izzat Kamaruzaman...~~


Soalan 3 : Ayat Palig Jiwang untuk si dia?


" Syg bukan wanita yang diidamkan semua lelaki.....cantik paras muka, cantik tubuh badan...Tapi syg cuba untuk menjadi sempurna untuk menjadi isteri abg yg mithali dan ibu kepada anak-anak abg...InsyaAllah..harap abg menerima syg seperti adanya... "


Soalan 4 : 3 cadangan hadiah untuk Hubby Kak Maslina


Kak Maslina, bagi sesetengah lelaki mereka sangat berkira jika mahu menghadiahkan sesuatu untuk wanita kesayangannya.... dan mungkin tips ini boleh kak Maslina curi sikit-sikit untuk menghadiahkan sesuatu kepadanya..~~ Tidak mahal sangat ...hehehe :

  1. Baju : Baju ini akan menandakan yang kak Maslina ingin hubby menginggati kak maslina selalu...Sebagaimana baju tersebut sentiasa melekat pasa tubuh hubby kak maslina yang sasa.. tak kan tiap-tiap hari nak pakai baju sama kan?? Jadi kak, beli lah banyak-banyak..hehehe... Yang penting ikhlas..~~
  2. Coklat : Coklat boleh buat hubby akak berasa sangat gembira kak.... Itu bermakna kak Maslina inginkan hubby sentiasa gembira di dalam hubungan yang dijalinkan....
  3. Percutian : Kalau Lin, Lin lebih suka kalau anniversary...Lin akan buat perkara-perkara yang membuatkan kita dan si dia menjadi seperti sekarang.... seperti jalan-jalan ke Melaka...itu Lin...Kak Maslina boleh la bawa kembali hubby ke tempat honeymoon yg dulu..Mungkin kamu berdua akan teringat peristiwa dahulu...sweet kan??
ok..Done! harap Kak Maslina dan hubby berpuas hati...~~ Happy Anniversary...ok ;)


p/s : Maaf kak, Lin letak gambar lebih dari 1...kalau x cukup atau lari syarat..bagitaw yek...

1 comments:

maslinamansor said...

Thanks sebab join contest akak... :)