Interview Sudah!

Assalamualaikum, 


Hari ni 31 March 2013, hari terakhir bagi bulan Mac 2013 nie... Wah!! Tinggal lagi bape hari nie?? Lama lagi kan?? kan??
hehehe..

Alhamdulillah, 28hb lepas, Lin dah settelkan semua hal-hal yang berkaitan dengan Pejabat Agama Daerah Muar... hihi..

sangat nervous kot... Yelah, kalau kat Johor nie kan semua orang taw kena interview dulu kan?? Bukan interview kerja ok? Interview Nikah... hahaha.Ustazah atau Ustaz Pejabat Agama akan mengemukakan.. cewah! soalan-soalan agama yang berkaitan.. 

Soalan-soalannya?? 

Ok, Lin share soalan yang Lin kena jawab ok??

Mula-mula Ustazah tue sembang-sembang kosong... tanya la..



Ustazah : Awak sekolah agama tak??

Lin : Sekolah, ustazah

Ustazah : Sampai darjah bape dan pangkat bape?

Lin : Darjah Khas dan pangkat 1..

Ustazah : Owh.. Kalau mcm tue tak de masalah la nie nak jawab soalan saya.. sambil senyum menyakat.. Takpe! Jgn takut.. sy bagi senang-senang jek...



Soalan pertama :

Mengucap 2 kalimah Syahadah beserta makna


Soalan kedua:

Baca surah Al-fatihah


Soalan ketiga:

Baca Doa Qunut


Soalan keempat:

Peranan Isteri ( Ustazah nak 5, Lin bg 2 jek :p) 



Sewaktu Lin interview, ade budak pompuan pun tengah interview kat sebelah Lin.. soalan die susah-susah.. sebab masa ustazah tanya rukun nikah die tak tahu.. kesian jugak.. Tapi Lin dapat tengok jek la.. 

Senang jek kan?? Nasib baik soalan-soalan nie dah di spot bersama En.Tunang saya.. hahaha..

Hope dapat membantu B2B Muar... 






Jom STUDY di INSTEDT

Assalamualaikum,

Entri kali ini bukanlah pasal wedding preparation lagi!! hihi..
Kali ni nak citer promote pasal kolej Lin... sekali sekala mem"promote" tempat kerja sendiri apa salahnya kan??
Lin adalah Pensyarah Matematik di Kolej 
"Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim"
Singkatan bagi kolej Lin nie adalah INSTEDT. Terletak di Bandar Penawar..dekat dengan Desaru... Rumah Lin pun dekat sangat la dengan Desaru nie.. Best sangat.. sebab area laut, mestilah sejuk jek kan??
Honeymoon?? Honeymoon kat sini?? Tak nak la.. dekat sangat.. tak best.. nanti tak rasa bercuti.. hihi.. 
Ok! Back to our topic...
INSTEDT ini adalah sebuah kolej swasta. Ada beberapa kos di INSTEDT ini. 
Ada 2 program di bawah Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu Diploma Pengajian Sukan dan Diploma Pengurusan Pejabat... 
Program lain di bawah INSTEDT adalah :
  • Diploma Pengurusan Pernigaan
  • Diploma Perakaunan
  • Diploma Teknologi Maklumat
  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Pengajian Islam
  • Diploma Perhotelan
  • Diploma Pelancongan
  • Diploma Media Graffik...
So, kalau nak keterangan lanjut mengenai program di INSTEDT .. leh jek berurusan dengan Lin.. hihi.. lagi senang kan?? ada orang dalam..
Kalau ade adik-adik atau sedara mara ke yang lepasan SPM dalam 3kredit bagi program di INSTEDT dan 5 kredit untuk program UiTM yang masih tiada tempat untuk belajar.. Bagitaw Lin yek..
Nak mesej pun boleh... 010-7602848

Wedding Preparation :: Kad Kahwin

Assalamulaikum, 

Alhamdulillah, mak Lin call bagitaw yang kad kahwin dah siap! hihihih.. Wah! dah siap dah kad kahwin...

 Tapi kad tue kat kampung, so tak leh nak share gambar... hihi... Nanti Lin balik kampung, Lin share ok?? huhuuhu... Ok.. 

Mak dah suruh buat list nama untuk guest.. aduhai.. Sape yang Lin nak jemput.. Tetiba blur!

Ada tak bride to be yang Lin ade tips nak buat guest listing?? 

share2 dengan Lin ok??




Wedding Preparation : Teka Tarikh Kahwin Lin...

Assalamualaikum, 

Tengok tajuk kat atas tue... Ceh! Benda tue pun nak bagitaw kan?? Ala.. biar la... hahahaha

Ok!! Lin nak bagitaw yang hari pernikahan Lin hanya tinggal 54 hari lagi daripada tarikh hari ini.. hahahaha...

Cepat teka bila tarikh nikah Lin... 

Cepat! Sape Tepat dapat RM 1.. hahahaha


Gambar Hiasan Cincin Sewaktu Majlis Pertunangan!!



Wedding Preparation :: Bunting

Assalamualaikum, 

Bride to be nak update blog nie... huhu... sementara tengah rehat lunch nie... update blog walaupun tak de mood.. huhu.. 

Lin nak update persiapan perkahwinan.. ceeewaah!! sekarang Lin proses menempah bunting untuk majlis... Sebenarnya kalau ikutkan hati Lin, malas nak tempah bunting sebab bila pikir balik lepas kahwin, Lin nak buat apa dengan bunting tue kan?? dah la besar gedabak!... hihi.. 

Apa pun disebabkan atas permintaan ayah Lin.. so, tempah jek la... So Lin tempah dengan Aurora Classy and stylish design.. cantik design beliau... Lin jatuh hati dan sangat baik..

So, Lin nak kongsi draft bunting yang telah beliau tunjukkan kat Lin.. Tengah tunggu En.Izzat approve.. sebab Lin bukan kreatif... hihi... 

Jom Layan!!

Nie draft pertama.....


Second!
Ini yang ketiga


 Mana satu ntah Lin nak pilih... Tolong pilihkan.. hihi..