Hidup Bz lagi best daripada hidup Free jek...

Assalamualaikum,

Agak-agak korang faham tak maksud yang Lin maksudkan dengan tajuk kat atas tue??


" Hidup Bz lagi Best daripada Hidup FREE "

Hurm, Lin nak kehidupan yang tersangat bz.. Boleh?? Sebab tak nak fikir pape yang tak patut dalam kehidupan.. hahaha.. boleh gtu? 

Untuk pengetahuan semua, Lin tak sabar sangat nak 21hb nie, Ade kelas! yeah! nanti Lin sibuk dan tak sempat nak fikir benda yang bukan-bukan walaupun sekarang nie banyak sangat problem.. Bila la nak habis bulan November nie... Huhuhu..  Kat opis pun asyik kena tegur, 1 hari nie Lin senyap jek..

Bila, salah sorang Lin minta Lin jadi penasihat Taekwando... Lin hanya mengangguk.. hanya mampu berkata 

"Boleh Lin jadi penolong penasihat jek? sebab Lin baru belajar... Lin nak tengok dulu penasihat lama buat macam mana..."


So, beliau setuju!

Sem depan, kelas + dengan kokurikulum yang Lin gedik-gedik tak tolak pun penglibatan diri.. hahaha..

Saya Tak sabar sangat 21hb nie......

Perempuan menangis

Assalamualaikum, 

Just nak share artikel kat dalam blog Aimi Syahirah mengenai mengapa perempuan menangis...


Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Di hadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,

Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Persoalannya :; Pernah tak lelaki dalam dunia nie fikir??

 Sumber: Google

~~Baskin Robins Oh Baskin Robins~~

Assalamualaikum, 

Hari ni, Lin terpaksa merenung kesedihan.. huhuhu.. Nangis?? Dah nak nangis pun, Tapi kena tahan.. Hehe


Rabu dua minggu yang lepas, Lin teringat sangat nak makan/rasa Aiskrim di Baskin Robins. Mahal? Nak rasa juga, tiba-tiba nak mengidam sangat-sangat benda alah tue. 

Bila search kat web Baskin Robins, hari Rabu ada offer FREE 1 SCOP.. best kan? nyum..nyum..

Malangnya, Lin tak dapat gak rasa pada hari ni... sebab macam tak sempat ... Esoknya nak bangun awal lagi..

Minggu nie, merancang sorang-sorang nak makan aiskrim Baskin Robins.. Rancang hari Ahad nie.. Sebab Sabtu, kolej Lin ada buat Pendaftaran untuk second intake..


yeah..yeah...yeah ... nak makan aiskrim.. search lagi web Baskin Robins.. sedapnya tengok gambar-gambar aiskrim... Tak sabar..




Malam semalam, Lin terpaksa batalkan hasrat Lin untuk merasai aiskrim tue.. huhu.. sedih sampai nak nangis.. nak nangis macam kat bawah nie boleh? hehe..



Lin tak dapat nak makan lagi! terpaksa buat-buat ada kerja hari ahad nie.. Nak buat pe yek?? Dah cakap dengan pensyarah-pensyarah kat sini yang Lin tak dapat nak tengok budak-budak orientasi hari Ahad nie.. At last, kena cakap balik dengan diorang...

so!


bye-bye Baskin Robins... bye-bye.. bye... Baskin RObins....




T.I.R.E.D

Assalamualaikum,




15/11/2011, baru tengah hari dah rasa penat sangat.. Pagi tadi kena jaga exam budak-budak nursing.. Sesudah itu , baru la pergi makan.. Hajat nak bungkus jek kat cafe.. sampai cafe, terus jek makan kat situ.. ada geng rupanya...hehehe..

Lepas makan, masuk opis.. Study2.. before kelas start minggu depan..

Banyak sangat kerja, petang pukul 3, meeting untuk orientasi kali kedua.. aduhai... Nak minta maaf pada kawan-kawan opis kalau Lin tak dapat nak tolong apa yang diorang mintak Lin tolong.. huhuu...

So, motif entri ini.. Just nak bagitaw yang Lin sangat la penat hari ni... Kenapa ek?? 


Broadband Celcom VS Samsung


Assalamualaikum,

Maaf yek tak sempat nak update blog Lin ni.. Lin tengah buat preparation untuk student-student Lin untuk sem yang akan datang nie pada 21hb.. Banyak sangat kerja .. buat bahan pengajaran, modul dan nota...

Malam ni, baru sempat nak update satu entri sementara menunggu En.Izzat sampai Negeri 9... Die OS ( Outstation) kononya.. hehe..

Apa yek entri untuk malam ni, tengok tajuk pun dah taw kan? Tentang 2 benda yang Lin idamkan...

Benda yang pertama adalah broadband MAXIS... Kenapa?? Sebab kat rumah sewa Lin nie, tak dapat nak connect dengan Broadband CELCOM..huhu.. sedih sangat. So, Lin hanya boleh guna internet bila dekat ofis.. Dah banyak kali mengadu dengan En.Izzat. 



Hari tue, kebetulan masa jalan-jalan adalah booth MAXIS.. So, pergi tanya-tanya terus lah daftar. So, Lin akan tukar Broadband CELCOM Lin nie dengan En.Izzat.. supaya malam-malam senang nak online kat dalam bilik dan update blog.

Yang nie dah sucessfull!

Lagi 1 nie tak taw la bila nak status sucessfull.. hahaha. sebab mahal.. Lin tak mampu kot.. Tapi nak mampu kan jugak.. hahaha... 

Benda yang kedua adalah SAMSUNG GALAXY S II...


Mak ai!! tengok harga die sekarang RM 1899.. Mana nak cari ni.?? Ada sesiapa nak belanja Lin?? hahaha.. So.. Untuk hari nie hanya mampu letak gambar kat bawah nie jadi wallpaper laptop Lin jek la.. 

Hari-hari tenung...

Ok! Dah habis dah entri hari ni...


Cabel Car GENTING TerPUTUS!

Assalamualaikum,

Tak terlambat lagi rasanya, Lin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger-bloger yang sudi membaca entri-entri di blog Lin.

Ok, Kenyang sudah memakan ketupat..... 


Rehat-rehat tadi, angah Lin menunjukkan gambar cabel car di Genting yang terputus.Huhu.. seram juga pada mulanya. Jom layan gambar nya. Gambar ni, Lin ambil daripada FB angah Lin, kat situ ada watermark malaysialeak Mungkin dari situ kot..sebab Lin explore, tak de pulak gambarnya.