:: Progress Lin, setakat mana yang dah buat jek ::

Assalamualaikum,

Hari nie hari terakhir bulan Januari.. Biar betul?? cepat betul masa berlalu... hihihi...

Diam tak diam, masih ada banyak masa lagi untuk Lin dan En.Izzat membuat persiapan.. Hehehe... En Izzat tak buat persiapan langsung! Lin yang banyak fikir, 

Kenapa??

Sebabnya untuk pengetahuan semua, Majlis nikah dan Majlis Resepsi kat umah Lin dengan umah En.Izzat sangatlah jauh jarak masanya. Sebabnya lagi tunang saya nie kan kembar... so majlis bertandang Lin di rumah En.Izzat akan dijalankan.. cewah! waktu kembar En.Izzat ini nikah.. Nak wat macam mana kan?? 

Sape suruh Lin nak kahwin dengan kembar.. hehehe.. So, Lin ikut jek la.. Parents Lin pun bersetuju... So, Ikut jek la..hehehe.. Janji Lin dan En.Izzat happy after kahwin.. cewah! 

Nak buat Checklist, tapi bukan checklist sangat la kan... setakat nak berkongsi jek... sebab lama lagi.. so, tak nak stress2...

Apa yang Lin dah buat??? 

Let's scroll down... hehehe


Bahagian Ayah Lin :
1) Catering - Booked and dah bayar deposit
2) Canopy - Dah booked juga dan deposit
3) Homestay - Dah Booked !
4) Doorgift - Masih dalam perbincangan dengan mak Lin... hehehe


Bahagian Lin take over: 
 1) Andaman - Booked dan bayar deposit.
2) Photographer - Dah lama booked dan dah bayar deposit
3) Upah Hantaran - Booked dan dah deposit jugak!! Terpaksa... sebab Lin tak kreatif... :p
4) Barang Hantaran - Semua dah Cukup!! suka =)
5) Kad jemputan - Sudah!!
6) Baju Family dan Kawan - Dah Beli!!

 Yeah!! Hutang tinggal sikit!!

Ok! Bye... Nak pergi Kelas.. Ade Test untuk student Lin..!

Saje nak tepek lagi gambar tunang!! hahaha... nak bagi semangat nak buat persiapan... huahuahua... counting the days!! (*0 days lagi)....hehehe
 


DiTipu Travel Agency!

Assalamulaikum,

Pejam celik pejam celik lagi 2 hari jek dah nak end of January 2013... Lin baru nak buat entri tahun baru.. hahaha.. Tak de lah.. saje jek

Untuk entri kali ini, Lin nak kongsi cerita mengenai Travel Agency!!

Ha! Tiba-tiba jek kan?? sebenarnya macam ni, cuti Thaipusam Lin dan En.Izzat mencuri masa ini untuk tempah kad kahwin dan membayar segala deposit.. ecece... habis dah duit... 

Lepas bayar membayar, Lin ke Jusco... Yeah!! Shopping la apa lagi.. padahal dua-dua tak de duit sangat bulan ni.. Tapi nak juga!! sebab murah SALE sempena Tahun Baru Cina... Aisehmen! 

Huhu.. On the way nak balik, turun ke tingkat bawah Jusco dan adelah satu travel Agency menawarkan pelbagai percutian.. Lin pun tarik la En.Izzat untuk dengar.. Konon-konon berangan nak g bercuti after kahwin...

At last, orang agency tue suruh bayar deposit bagai... Dan terus terang Lin nie tak biasa bercuti-cuti.. En.Izzat die selalu gak la bercuti dengan family die.. Dan die orang yang hanya akan bercakap "ok" ok" dan "ok"..dan telah membayar deposit sebanyak RM 150.... 

Tapi tak tahu lah masa orng agency tu mintak deposit, Lin terus tak berminat sebenarnya dan Lin macam tengok jek tunang Lin bayar deposit tue... after bayar , Lin dapat rasa kan yang orang agency tue adalah PENIPU!!

Dan hari ini Lin dah telefon TOURISM MALAYSIA sebab Lin nak taw yang travel Agency nie berdaftar atau tak... 

Staff TOURISM MALAYSIA telah menerangkan Lin macam mana kita nak taw yang agency travel yang kita nak gunakan tu berdaftar dan tipu ke tak..

Mengikut staff TOURISM MALAYSIA sebuah Agency Travel yang berdaftar mestilah: Nama company mestilah ada nama seperti di bawah :
  • Holiday Sdn Bhd
  • Vacation Sdn Bhd
  • Travel in Tour 

Selain daripada nama di atas, Travel Agency tersebut tidak berdaftar.. 

So, Conclusion nya kami berdua telah pun ditipu dan rugi RM 150... So, B2B khusunya yang tengah sibuk nak cari Package Honeymoon yang menggunakan agency travel, make sure u'll tengok nama company tersebut...

Ok!! Jadi Lin dan En.Izzat redha lah dengan kejadian semalam.. supaya lebih berhati-hati lepas ini...