Sape Nak duit Lebih?

Assalamualaikum, 

Kepada bloggers mesti ramai yang muda-muda kan?? Korang ada perancangan tak untuk satu masa yang akan datang nanti, korang mesti mencapai jumlah simpanan korang.. Nak tak??


Contohnya, Lin skang berumur 23 Tahun.. Target Lin, Lin nak umo Lin 35 Tahun, Lin tak de hutang pape dan nak ada simpanan sebanyak yang mungkin.. 


Macam mana nak buat yek?? Ha.. Kalau nak taw.. macam mana nak merancang kewangan anda.. Jom! Hubungi saya.. 0107602848..sms pun boleh..


Nie contoh perancangan :




Kalau berumur lebih muda, so lagi banyak la simpanan awak nanti...

Hidup Bz lagi best daripada hidup Free jek...

Assalamualaikum,

Agak-agak korang faham tak maksud yang Lin maksudkan dengan tajuk kat atas tue??


" Hidup Bz lagi Best daripada Hidup FREE "

Hurm, Lin nak kehidupan yang tersangat bz.. Boleh?? Sebab tak nak fikir pape yang tak patut dalam kehidupan.. hahaha.. boleh gtu? 

Untuk pengetahuan semua, Lin tak sabar sangat nak 21hb nie, Ade kelas! yeah! nanti Lin sibuk dan tak sempat nak fikir benda yang bukan-bukan walaupun sekarang nie banyak sangat problem.. Bila la nak habis bulan November nie... Huhuhu..  Kat opis pun asyik kena tegur, 1 hari nie Lin senyap jek..

Bila, salah sorang Lin minta Lin jadi penasihat Taekwando... Lin hanya mengangguk.. hanya mampu berkata 

"Boleh Lin jadi penolong penasihat jek? sebab Lin baru belajar... Lin nak tengok dulu penasihat lama buat macam mana..."


So, beliau setuju!

Sem depan, kelas + dengan kokurikulum yang Lin gedik-gedik tak tolak pun penglibatan diri.. hahaha..

Saya Tak sabar sangat 21hb nie......

Perempuan menangis

Assalamualaikum, 

Just nak share artikel kat dalam blog Aimi Syahirah mengenai mengapa perempuan menangis...


Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Di hadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis di dalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,

Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Persoalannya :; Pernah tak lelaki dalam dunia nie fikir??

 Sumber: Google

~~Baskin Robins Oh Baskin Robins~~

Assalamualaikum, 

Hari ni, Lin terpaksa merenung kesedihan.. huhuhu.. Nangis?? Dah nak nangis pun, Tapi kena tahan.. Hehe


Rabu dua minggu yang lepas, Lin teringat sangat nak makan/rasa Aiskrim di Baskin Robins. Mahal? Nak rasa juga, tiba-tiba nak mengidam sangat-sangat benda alah tue. 

Bila search kat web Baskin Robins, hari Rabu ada offer FREE 1 SCOP.. best kan? nyum..nyum..

Malangnya, Lin tak dapat gak rasa pada hari ni... sebab macam tak sempat ... Esoknya nak bangun awal lagi..

Minggu nie, merancang sorang-sorang nak makan aiskrim Baskin Robins.. Rancang hari Ahad nie.. Sebab Sabtu, kolej Lin ada buat Pendaftaran untuk second intake..


yeah..yeah...yeah ... nak makan aiskrim.. search lagi web Baskin Robins.. sedapnya tengok gambar-gambar aiskrim... Tak sabar..




Malam semalam, Lin terpaksa batalkan hasrat Lin untuk merasai aiskrim tue.. huhu.. sedih sampai nak nangis.. nak nangis macam kat bawah nie boleh? hehe..



Lin tak dapat nak makan lagi! terpaksa buat-buat ada kerja hari ahad nie.. Nak buat pe yek?? Dah cakap dengan pensyarah-pensyarah kat sini yang Lin tak dapat nak tengok budak-budak orientasi hari Ahad nie.. At last, kena cakap balik dengan diorang...

so!


bye-bye Baskin Robins... bye-bye.. bye... Baskin RObins....




T.I.R.E.D

Assalamualaikum,




15/11/2011, baru tengah hari dah rasa penat sangat.. Pagi tadi kena jaga exam budak-budak nursing.. Sesudah itu , baru la pergi makan.. Hajat nak bungkus jek kat cafe.. sampai cafe, terus jek makan kat situ.. ada geng rupanya...hehehe..

Lepas makan, masuk opis.. Study2.. before kelas start minggu depan..

Banyak sangat kerja, petang pukul 3, meeting untuk orientasi kali kedua.. aduhai... Nak minta maaf pada kawan-kawan opis kalau Lin tak dapat nak tolong apa yang diorang mintak Lin tolong.. huhuu...

So, motif entri ini.. Just nak bagitaw yang Lin sangat la penat hari ni... Kenapa ek?? 


Broadband Celcom VS Samsung


Assalamualaikum,

Maaf yek tak sempat nak update blog Lin ni.. Lin tengah buat preparation untuk student-student Lin untuk sem yang akan datang nie pada 21hb.. Banyak sangat kerja .. buat bahan pengajaran, modul dan nota...

Malam ni, baru sempat nak update satu entri sementara menunggu En.Izzat sampai Negeri 9... Die OS ( Outstation) kononya.. hehe..

Apa yek entri untuk malam ni, tengok tajuk pun dah taw kan? Tentang 2 benda yang Lin idamkan...

Benda yang pertama adalah broadband MAXIS... Kenapa?? Sebab kat rumah sewa Lin nie, tak dapat nak connect dengan Broadband CELCOM..huhu.. sedih sangat. So, Lin hanya boleh guna internet bila dekat ofis.. Dah banyak kali mengadu dengan En.Izzat. 



Hari tue, kebetulan masa jalan-jalan adalah booth MAXIS.. So, pergi tanya-tanya terus lah daftar. So, Lin akan tukar Broadband CELCOM Lin nie dengan En.Izzat.. supaya malam-malam senang nak online kat dalam bilik dan update blog.

Yang nie dah sucessfull!

Lagi 1 nie tak taw la bila nak status sucessfull.. hahaha. sebab mahal.. Lin tak mampu kot.. Tapi nak mampu kan jugak.. hahaha... 

Benda yang kedua adalah SAMSUNG GALAXY S II...


Mak ai!! tengok harga die sekarang RM 1899.. Mana nak cari ni.?? Ada sesiapa nak belanja Lin?? hahaha.. So.. Untuk hari nie hanya mampu letak gambar kat bawah nie jadi wallpaper laptop Lin jek la.. 

Hari-hari tenung...

Ok! Dah habis dah entri hari ni...


Cabel Car GENTING TerPUTUS!

Assalamualaikum,

Tak terlambat lagi rasanya, Lin nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua blogger-bloger yang sudi membaca entri-entri di blog Lin.

Ok, Kenyang sudah memakan ketupat..... 


Rehat-rehat tadi, angah Lin menunjukkan gambar cabel car di Genting yang terputus.Huhu.. seram juga pada mulanya. Jom layan gambar nya. Gambar ni, Lin ambil daripada FB angah Lin, kat situ ada watermark malaysialeak Mungkin dari situ kot..sebab Lin explore, tak de pulak gambarnya.





:: Nak Main Kawin-kawin la! ::





Assalamualaikum,

Boleh tak malam jumaat nie nak citer mood kawin-kawin.. hahaha.. Gatal jek kan??

Tak kesah la.. Tiba-tiba Lin terpikir la, Korang ade idea tak macam mana nak ajak boyfriend korang supaya dia ajak korang kawin awal-awal?? Korang Boleh bgi idea x?? Lin ade baca satu blog nie.. Macam best jek kalau nak buat.. hahaha.. 

Khas untuk En.Izzat,  ini lah adalah tanda-tanda yang patut awak tahu taw.. hehehe..


Cara 1

Berhenti berdating! hahaha.. Korang buat lah pape yang patut, Kalau mcm Lin, Lin boleh cakap asyik nak buat kelas tambahan jek kan?? So, nanti En.Izzat mesti macam risau-risau.. hahaha..( macam bagus jek kan?? ) Pada En.Izzat jangan sengih-sengih taw..! hahaha.. Kalau korang, pergilah kelas gym ke?? 

Cara 2:

Pergi cari kerja yang tak sama daerah atau negeri dengan boyfriend korang. Amacam?? Ok tak? En.Izzat, saya nak cari kerja kat KEDAH boleh?? Mesti lah the answer is DEFINITELY NO! hahahah..

Cara 3 :

Tunjukkan yang kita ada ramai kawan lelaki lain.. Macam ok cara yang ketiga ni. Nanti mesti boyfriend korang akan rasa bimbang kan?? Yeke?? Kalau En.Izzat mesti Lin kena marah! =p

Cara 4:

Jujur jek la kat dia.. Yang korang nak kawin dengan die...atau korang akan lakukan semua ini, sekiranya dia masih belum ready nak kawin!  

Kepada En.Izzat, SAYA NAK KAWIN DENGAN AWAK! hahaha.. Gatal na!

:: Phone untuk Si Die ::

Assalamulaikum

Esok adalah hari pendaftaran untuk kolej Lin.. Lin terlibat dengan membimbing student-student untuk mejalankan Minggu Haluan Siswa ( MHS).. 

Mesti Lin busy giler..terpaksa la tinggalkan blog Layanlynn buat sementara waktu..~

Ok! Back to our title, semalam, Lin bergegas ke Johor Bahru untuk sesuatu yang mengembirakan En.Izzat . Kalau korang nak taw, Lin berniat nak bagi hadiah ini kepada En.Izzat nie masa birthday dia tahun nie. 

Tetapi macam-macam halangan kan.. Maklum la orang baru bekerja.. tambah-tambah bulan 8 hari tue kan dah nak raya.. So, Tak dapat la bagi die.. 

So, tunaikan hajat pada hari semalam.. Alhamdulillah berjaya! Hopefully En.Izzat bergembira dengan pemberian handphone yang tak seberapa itu. Kebetulan hanphone En.Izzat rosak..! So, sesuai la kan.. 

Handphone apa Lin bagi?? hehehe.. Disebabkan En.Izzat tengah gile handphone Flip samsung ! So, Lin hadiahkan yang tue jek la yek En.Izzat woii.. hehehe..

Tue la, sape suruh tak berminat dengan android! hahaha

Gambar hndphone, kitaorang lupa nak ambil!.. 

:: Syukur dengan Rezeki ::

Assalamualaikum,

Lin terpikir sejenak mengenai rezeki manusia semuanya lain-lain.. Ada yang lebih dan ada yang kurang.. Ada yang senang jek dapat rezeki yang bertalu-talu dan ada juga susah sangat nak dapat rezeki.. 

Walau apa pun, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang. Sekiranya perlu kan lebih, usaha dengan lebih giat lagi... 
So, Bersemangat untuk mencari rezeki tak kira hari sabtu atau ahad walaupun itu hari weekend..hehehe..~~


Ingatan Pada Bekas pakwe...

-->

21/10/11 semua orang tak de kat opis.. cuti la.. meeting la.. sunyi jek…
Tiba-tiba teringat kat kekasih Lama, En.Bekas Pakwe...huhu..teringat waktu kita dulu-dulu bersama-sama.. Walaupun die suka marah-marah..Tapi Lin tak tahu kenapa susah sangat nak lupakan die. Lin asyik teringat jek kat die..
Ya! Memang dulu kita hanya bercinta jarak jauh.. sorang kat Utara sorang lagi kat selatan.. tapi kenapa asyik muka die jek dalam kepala Lin.
Ingat lagi waktu dengan dia..

  • Die suka maki Lin waktu gaduh. Terima kasih yek En.Bekas Pakwe sebab maki-maki dan marah-marah Lin. Sekarang baru Lin taw tujuan sebenar die.. Die ajar Lin supaya jangan jadi seorang perempuan yang lemah.. Thanks yek En.Bekas pakwe..


  • ·Die suka balik lambat-lambat dan tak bagitaw pun apa yang die buat sepanjang hari. Kadang-kadang sampai Lin tunggu sampai tengah malam untuk taw apa yang die buat sebenarnya. Sekarang Lin baru taw die ajar Lin supaya jangan jadi busybody sangat!


  • · Die selalu tak mesej atau call Lin. Kalau Lin call or mesej die..Die tak balas langsung. Mungkin die just pandang jek phone tue kan?? Lepas tue die buat bodoh jek. Sekarang baru Lin taw, Die ajar Lin supaya berjimat cermat. Sebabnya, kalu selalu mesej atau call, nanti kredit habis.. huhuhu..


  • · Die suka tipu lin. Tipu Lin yang die tak de duit la..die setia la.. Rupanya setiap hari bertukar perempuan..huhuhu.. Sekrang baru Lin taw sebenarnya die ajar Lin jangan terlalu percaya sangat dekat Lelaki…Berhati-hati memilih pasangan. Thank lagi sekali lagi En.Bekas Pakwe.


  • ·Die tak pernah bagi Lin hadiah..Bukan nak sangat..Tapi tak pernah hargai..Kadang-kadang sampai tarikh lahir Lin sendiri pun die tak wish langsung.. Rupa-rupanya die ajar Lin untuk hargai diri sendiri. Siapa lagi nak hargai diri kita, kalau bukan kita kan?


  • Die seorang POLIS, dan die suka cakap yang Lin tak layak untuk die.. sebab POLIS hanya untuk POLIS sahaja. Huhuhu…Berlagaknya die!...Sekarang baru Lin taw sebenarnya die ajar Lin untuk memilih lelaki yang sesuai untuk Lin.. huhuuh..


TERSEKSANYA DENGAN EN BEKAS PAKWE! ASYIK MENANGIS JEK


Dan Terima kasih En.Bekas Pakwe sebab sekarang Lin memang menjadi seorang Perempuan yang lebih berhati-hati dan agak kuat dan memikirkan lebih jauh mengenai masa depan Lin.. 

Thanks sangat!!


Mungkin entri kali ini, menyakitkan hati En.Izzat a.k.a Teman Lelaki Lin sekarang.. Untuk En.Izzat, Syg awak bukan nak sakitkan hati awak.. Dan syg awak tak pernah pun berangan-angan mengenai pasal En.Bekas Pakwe die tue lagi.. Cuma die teringat kehidupan die yang dah berubah dari hari ke hari dengan kehadiran awak……………..


Syg awak mengharapkan awak lebih menghargai syg awak nie… Sebab die dah cukup terseksa satu ketika dahulu..


~Mood: Jiwang tengah2 orang lelaki semayang jumaat..hehehe~
 

:: Nasi Impit Ikan Bilis ::

Assalamualaikum,

Pagi-pagi nie terpikir nak masak apa ek pagi nie? Ceewah.. Tiba-tiba rajin pulak nak bawk bekal kat opis kan.. hehehe..

So, tengok kat dapur..hurm.. masak la nasi impit, pastue makan dengan ikan bilis jek.. hahaha.. menu anak dara pemalas.. :p hahahaha
So, Menu pagi ini..dah siap di bungkus...TaaarrRRaa!!




Cara-cara buat: 
  • Beli nasi Impit Adabi..
  • Pilih la 3/4 paket .. Lepas tue rebus selama lebih kurang 45 minit.. Balik-balikkan taw!...
  • Lepas dah siap, buat lah sambal ikan bilis yang memang semua orang pun taw nak buat..hehehe..
  • Kupas bawang merah, bawang putih, lada ( ikut kepedasan yang korang nak)...Lepas tue tumbuk..!!
  • Kalu Lin, Lin tumbuk dulu ikan bilis secara berasingan.. Lepas tue goreng ikan bilis jgn sampai garing sangat..
  • Lepas tue keluarkan ikan bilis...
  • Tumis bahan yang ditumbuk tadi.. sampai garing.. Masukkan ikan bilis tadi.. 
  • Tambah la sikit-sikit garam.. ajinomoto pun nak letak-letak la... Tapi Lin tak letak sebab tak nak biasakan masak dengan ajinomoto..hehehe..
  • Dah siap!!

:: MARAH ::

Assalamualaikum,



Sebelum balik kerja hari nie, Lin rasa geram sangat.. Geram sangat dengan budak latihan praktikal!.. 

Dah lama Lin minta markah daripada Penyelia Industri, sampai hari ini bagi tempoh sebelum pukul 12 tengah hari, tengok email, still xdapat-dapat. 

At last pukul, 4.15 petang baru send email tue.. Bila Lin kira markah Latihan Industri student Lin ni sangat teruk ..sampai tak percaya..siap minta tolong lecturer lain tolong kira lagi.. 
Akhir sekali, markah die hanya 5 per 15... So, conclusionnya Lin campur tolak markah yang Lin bagi.. dapat

C+..

So, memang berbaloi la..sebabnya kurang diajar sangat kot... Yang penting die tak hormat orang tua seperti saya.. hik3...

:: Harta Pertamaku ::

Assalamualaikum,

Kali ini Lin nak cerita-cerita pasal harta pertama Lin.. (dengan penuh berlagak) hehehe~~

Setelah bekerja 4 Bulan, Lin dah berangan-angan nak pakai kereta sendiri.. Punya la tension nak pilih kereta.. ceewaah! bajet macam banyak duit jek kan?? hahaha...
Agak bengang jugak la kan parents dengan En.Izzat pasal proses pemilihan kereta yang Lin nak guna. Semuanya nak mahal jek.. Sorry yek...

Akhirnya, kata putus! nak juga my "JMY" .En Izzat dan parents terpaksa la juga ikutkan.. Lin pilih warna Brown Granet.. Macam nampak elegance jek kan.. huhu... Punya la tunggu 2 minggu la nak pakai "Jmy" tue...
Akhirnya, Lin dapat gak pakai kereta nie...


Hari ke-2 ambil gambar ni..

Harta pertama Lin ialah KERETA PERSONA aka En.Granet!

:: Lynn ade Muka Baru ::

Assalamualaikum, 

Muka baru?? Muka baru yang macam mana? hehe~

Muka baru untuk blog LayanLynn la.. hehehe.. Tapi ini pun Lin mintak tolong sahabat blog Lin iaitu NurulChumel..  

Thanks yek! Nurul
...

Sangat berpuas hati dan terima kasih sebab sabar dengan Blog ini..~~

Sesiapa yang inginkan khidmat cik Nurul silalah ke blog die.......

KFC Free!! McD pun FREE!!

Assalamualaikum,

Dah lama tak update blog! Mulai sekarang Lin cuba untuk update setiap hari ok!
Update-update terus nak bgitaw McD dengan KFC ada nak bagi diskaun!! 

Cepat-cepat print kupon ni...Nanti tunjuk jek kat McD dan KFC... Dapat la yang di Offer tu...
Dipersilakan,


KFC!
  McD

Sekian

Harta Pertama Lin

Assalamualaikum semua,

Kehilangan entri terbaru di blog Layanlynn adalah disebabkan kekangan masa dan juga ketiadaan Laptop ku... 

Ok! back to the title,

Alhamdulillah, bulan ini cukup 6 bulan Lin menjadi bergelar seorang Pendidik IPTS..Banyak cabaran,halangan serta pelbagai perasaan yang dirasai oleh Lin sendiri.. Bukan senang untuk mendidik pelajar... Pelbagai ragam pelajar, tetap Lin cuba atasi dan hadapi..

Tetapi hari ini, Lin nak cerita tentang perasaan Lin kerana Lin berjaya memiliki harta pertama dalam hidup Lin walaupun usia Lin baru 23 Tahun... Harta pertama ini Lin miliki dengan 100% daripada wang Lin sendiri.. Alhamdulillah..

Hopefully Harta yang seterusnya yang dinginkan atas nama Lin sendiri akan menyusul lagi setahun atau 2 tahun.. Doakan yek!

Agak-agak apa harta pertama Lin tue yek?? I will show it!

bye!

Perkuburan LayanLynn??

Assalamualaikum semua bloggers,

Huh! Sudah agak lama Lin tak jengok-jengok blog lin nie.. Tak tahu langsung perkembangan blog yang ade..Sampai la satu hari ade seorang rakan sekerja Lin menegur lin dan menanyakan mengenai masalah untuk Log in blog..

" Lin ade log in blog x?? Boleh log in x?? " 

Terkejut sekejap... sebab lupa habis mengenai blog Lin ini.. Hari nie baru sempat tengok balik.. terpikir juga, sibuk sangat ke Lin sampai tak boleh nak update blog kan?? ish..ish.. ish...

Salam..

1st Day as a Lecturer

Assalamualaikum, 


Semalam adalah hari pertama Lin lapor diri di Kolej.. huhu.. berdebar rasanya.. Takut pun ada.. Hari pertama Lin disambut oleh PA ketua eksekutif kt kolej nie, Lepas tue, Lin kena jumpa Ketua eksekutif dan jumpa pensyarah lama untuk dibahagikan tugas..

Banyak jugak,, huhu.. Lin kena ajar 4 jenis subjek.. biasala..pensyarah bru, kena la bagi banyak subjek.. tapi yng penting semuanya my favourite subject..Mathematics.. huhu..

Hari nie first time, Lin nak masuk kelas.. Kelas 2.30 -3.30... Wish me luck..