Alhamdulilah, Saya bukan Penganggur lagi

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah, Hari nie Lin dapat call dan email daripada sebuah Institusi Swasta di Johor Bahru memberitahu bahawa Lin diterima sebagai salah seorang Pensyarah Matematik di sana. 
Akhirnya, cita-cita Lin dari kecil untuk menjadi seorang pendidik tercapai walaupun institusi swasta. Bersyukur sangat. Terima kasih kepada family Lin dan En.Izzat yang sentiasa memberi dorongan dekat Lin..

Nanti Lin dah lapor diri Januari 2011, Lin akan ceritakan pengalaman Lin masa iinterview dan mengajar yek...

Seharian Dgn Air Mata!

Assalamualaikum,

Orang kata Air Mata seorang GADIS adalah berharga dan senjata untuk seorang LELAKI...Tapi kali ini mungkin Lin dah lama tidak mengeluarkan air mata, dan hari nie officially air mata nie keluar.. ='( 

Kenapa??? Bukan sebab lelaki, tetapi sebab masalah Lin sendiri...

"Sampai bila aku nak macam nie?? Bila aku nak lepas dari kehidupan yang mcm nie?? semuanya salah... " 

itulah monolog Lin seharian dengan air mata

Poyo ke Bercinta?

Assalamualaikum,

Pagi-pagi ahad nie, Lin terfikir bila tengok kat wall facebook... Ramai betul kawan-kawan Lin yang dah BF (BOYFRIEND), dan ada yang tunang...
Pelbagai perangai setiap pasangan, ada yang dah lama Lin tengok die berkawan , sejak sekolah rendah lagi.. hehehe.. nampak sweet ..alhamdulillah sampai sekarang.. Ada yang asyik dok bertukar sana sini, ada yang baru sahaja putus.. 


Setiap pasangan yang Lin tengok meluahkan perasaan masing-masing dengan pelbagai cara... Kadang-kadang meluat pun ade.. hehehe.. Tapi biasa la, orang tengah bercinta kan??
Cuma, Lin kagum dengan pasangan-pasangan yang tak mengambil masa yang lama pun untuk berkawan/ couple.. kenal waktu zaman universiti, lepas grad terus jek tunang.. Bgus la.. Maksudnya diorang memang serious dalam hubungan mereka kan?? 


hehehe... Lin cakap orang, Lin nie?? hahaha.. Entahlah, tiba-tiba terfikir jek... Macam orang , macam ragamnyer..ada yang poyo ada yang sweet.. 


Lastly, Lin nak ucapkan tahniah pada kawan-kawan Lin yang baru jek bertunang, yang dah kahwin dan nak berkahwin.. Tahniah untuk Korang semua..
 

Penat Mencari Kerja

Assalamualaikum, 

Buat masa sekarang Lin penat mencari kerja..sampai tak de mood nak update blog..

Ya Allah, kuatkan hati Lin

Semakan Temuduga KPLI Januari 2011

Assalamualaikum, 

Lin cuma nak berkongsi dan nak beritahu kepada blogger yang hari tu sempat ambil MTeST untuk KPLI.. dah boleh semak taw.. So ..semak yek! 

Good Luck for your interview! Teruskan usaha kamu dalam bidang perguruan..


Semakan Talian Temuduga

GSTT dibuka Sekarang!

Assalamualaikum,

Maaf sebab Lin tak ada masa sangat nak jenguk blog ni bila kat rumah.. Cewah! hahaha.. InsyaAllah Lin akan cuba..

Ok! Sekarang ni pada sesiapa blogger atau sedara atau kawan blogger yang ingin menjadi seorang guru tapi tak de peluang lagi....cuba peluang yang ini iaitu GSTT... untuk sesiapa yang mempunyai Degree bukan pendidikan tetapi ingin menjadi seorang pendidik... So.. try apply sekarang ok!

 PERMOHONAN GSTT ONLINE...

Try apply, kalau dapat..bagus la dan buat yang terbaik..sebab kalau anda menjadi seorang guru GSTT yang baik dan cemerlang atau dapat meraih pencapaian yang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar nanti...mana la tau pengetua-pengetua sekolah tawarkan anda KDC... boleh la terus jadi guru tetap!

Kan?? Maklumlah susah kot nak dapat KPLI sekarang kan?? Kalau dapat pun bukan opsyen yang kita minat kan?? so! cuba ok..


Good Luck