Assalamualaikum
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya lahir lah satu entri lagi pada hari ini
Semenjak bergelar isteri yang bekerja ni, Lin rasa setiap hari adalah hari penat buat Lin. Tambah-tambah, sekarang nie, cuti umum bagi Negeri Johor sudah bertukar kepada Jumaat dan Sabtu. Masalah bertambah lagi apabila Cuti tersebut hanya di aplikasikan oleh pihak kerajaan sahaja manakala Swasta masih boleh mengekalkan cuti umum mereka seperti negeri yang lain iaitu Sabtu dan Ahad.
Suami Lin bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu manakala Lin Sabtu dan Ahad.
Hai.. tersangat la susah!! Tapi masih nak ucapkan Alhamdulillah kerana kami bukan lagi pasangan yang PJJ.. Alhamdulillah...Jadi, hari-hari kami jumpa (nie pun kalau En.Izzat tak outstation) walaupun Lin terpaksa berulang alik dari tempat kerja lebih kurang sejam lalu Highway!
Tak pe lah.. Itu baru namanya pengorbanan seorang Isteri kan??
Sebut pasal "ISTERI", pejam celik pejam celik, suka duka kami lalui... Alhamdulillah semalam 28 April 2014 genaplah kami setahun hidup sebagai seorang suami isteri.
Apa komen Lin?? Lin masih lagi seorang isteri yang banyak giler kekurangannya... Hihiihi...
Ok la!!
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA UNTUK SUAMIKU ..
(MOHAMAD IZZAT KAMARUZAMAN)
Hadiah?? Hihi....
Yang dalam perut nie, boleh tak dijadikan hadiah?? :)
Alhamdulillah, pemberian yang terbesar daripada Allah..
KAMI SANGAT-SANGAT BERSYUKUR!
2 comments:
alhamdullilah :)
tahniah :-)
Post a Comment